1- Pagar Diri dengan Tiga Qul : Di
dalam satu hadis di dalam sahih Bukhari ada menyebut bahawa Sayyiditina
Aisyah RA meriwayatkan Rasulullah selalu membaca surah Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan An-Nas sebanyak tiga kali pada kedua tapak tangan, meniup
padanya setelah habis bacaan dan menyapu seluruh tubuhnya. sekiranya
Baginda sakit dan tidak mampu, isterinya Aisyah RA akan membaca pada
tangan Rasulullah dan menyapunya sebagaimana dilakukan oleh baginda
semasa baginda sihat.
Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW dan pendapat ulamak yang
menceritakan kelebihan Tiga Qul. Antaranya, pengamalnya akan terselamat
dari ganguan jin dan syaitan yang menghasut anak Adam. Ia juga dapat
menguatkan jasad dan ruh seseorang. Secara saintifik juga telah
dibuktikan bahawa tapak tangan yang diusap pada badan akan menghasilkan
energi positif yang memberikan rangsangan yang baik pada tubuh dan
bermanfaat darisegi kesihatan.
Amalkan ianya setiap hari selepas solat subuh.
2- Pagar Diri dengan Surah Yaa Siin: Di
dalam sebuah hadis riwayat Sahih Bukhari, ada diriwayatkan bahawa
Rasulullah semasa ingin keluar berhijrah padahal baginda dikepung oleh
orang-orang kafir, membaca Surah Yaa Siin ayat 1 hingga ayat 9 pada
segempal tanah lalu menaburkan pada orang kafir tersebut. Akhirnya
dengan kuasa Allah dan mukjizat Al-Quran, baginda dapat keluar tanpa
dilihat seorang pun.`
Berdasarkan pada kelebihan ini, kita dapati banyak isim-isim atau
doa-doa, samaada dalam ilmu hikmah, ilmu kebatinan atau sebagainya, yang
memasukkan surah yassin ayat 1 hingga ayat 9 dalam amalan mereka. Ada
juga yang menjadi ayat ini sebagai ajian halimunan apabila ingin
bersembunyi dari musuh-musuh tertentu.
Dalam amalan rawatan Islam, surah yaasiin ayat 1 hingga ayat 9 ini
banyak digunakan, terutama semasa sesi rawatan ingin dimulakan. Ianya
dibaca dengan niat agar Allah Taala melindungi diri kita dari ancaman
zahir dan batin, sebagaimana Allah melindungi Baginda rasulullah pada
malam hijrah Kubra tersebut. Ia juga di baca setiap kali keluar dari
rumah untuk ke tempat kerja atau sebagainya dengan niat memohon
perlindungan Allah sehingga kita kembali.
Amalkan ianya setiap hari ketika keluar dari rumah ke tempat kerja.
3- Pagar Diri dengan Ayat Kursi: Di
dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Bukhari, Rasulullah SAW ada
menyebut bahawa barangsiapa yang membaca sebaik-baik ayat Al-Quran ialah
Ayat Kursi, dan barangsiapa membacanya setiap kali keluar dari rumah,
beribu-ribu malaikat akan mendoakan kesejahteraannya sampai ia pulang.
Ada juga hadis yang menyatakan ianya apabila dibaca sebelum tidur, Allah
akan menghantar kepadanya dua malaikat yang akan menjaganya dari
ganguan syaitan hingga ia bangun.
Dalam amalan rawatan islam, kita disarankan agar sentiasa membaca Ayat
Kursi tidak kira di mana dan bila. Jadikanlah ayat Kursi sebagai bacaan
pagi dan petang, siang dan malam, sebelum tidur, semasa hendak keluar
rumah dan seumpamanya. Nescaya kita akan berasa dilindungi oleh Allah
setiap masa, dengan syarat kita tidak mengabaikan suruhanNya. saya
sendiri sudah mengamalkan sejak sekian lama dan Alhamdulillah, dengan
kuasa Allah dan kemukjizatan Ayat Kursi, kita akan sentiasa berada di
bawah lindunganNya setiap masa dan akan terhindar dengan izinNya
daripada perkara-perkara yang tidak kita ingini.
Untuk perincian tentang amalan ayat Kursi ini, eloklah kita merujuk
kepada ustaz-ustaz dan orang yang lebih tahu kerana setiap bacaan
hendaklah betul darisegi hukum tajwidnya dan mengetahui maknanya.
Barulah amalan kita akan lebih diberkati Allah Taala.
Amalkan ianya setiap hari pada saat mula berjalan keluar selepas mengunci pintu dari rumah ke mana-mana.
4- Pagar Diri Dengan Bismillah: Mengikut Syeikh Muhammad Yaaqub Rahimahullah,
kita boleh memohon kepada Allah untuk menjaga keselamatan diri,
keluarga dan harta kita melalui amalan membaca Bismillah, dengan
tatacara berikut:
1- Bacalah Al-Faatihah kepada Rasulullah SAW (Ilaa Hadrati nabiyyinal musthofaa muhammadin
SAW lahul faatihah)
2- Bacakan Al-Faatihah untuk sekalian ahli Naubah (Ilaa Hadrati jamii'i ahlin naubati min
auliyaai'illaahi taala qaddasallahu asroorohum lahumul faatihah)
3- Bacalah bismillah 41 kali
4- Baca doa ini : Ilaa Hadrati jamii'i ahlin naubati fii haazihillailati minal malaaikati alaihimusolaatu
wassalamu lahumul faatihah)
5- Baca bismillah 41 kali lagi
6- Berdoalah kepada Allah dan mohon perlindungan kepadaNya.
7- Selawatlah kepada Rasullah SAW kerana doa tanpa selawat akan tergantung antara langit dan bumi
dan tidak terangkat kehadrat Allah Taala.
Amalkan ianya setiap malam selepas solat sunat taubah atau solat hajat sebelum masuk tidur
5- Pagar Diri Dengan khatamun Nubuah:
Khatamun Nubuwwah adalah cop kenabian yang ada antara dua belikat
Rasulullah. Sayyidina Ali RA ada meriwayatkan dalam Sahih Bukhari
bahawa antara dua belikat dan atas belakang nabi Muhammad SAW ada cop
kenabian yang mana beliau ternampak semasa solat bersama-sama Baginda.
Tidak ada nas yang sahih tentang bentuk dan tulisan cop berkenaan namun
ulama telah berpendapat bahawa ianya berbentu segitiga dan tertulis
beberapa ayat Al-Quran pada cop tersebut. Ianya dimaterai di atas
belakang Nabi sebelum baginda diangkat ke langit pada peristiwa Israk
dan Mikraj. Tulisan tersebut adalah:
1) Allahu wahdahuu laa syariika lah
2) Muhammadun Abduhuu wa rasuuluh
3) Tawajjah haithu syikta
4) Fainnaka mansuur
Cara memagar diri dengan khamun nubuwwah adalah dengan membaca :
1- Baca Bismillahirrohmaa Nirrahiim
2) Baca Allahu wahdahuu laa syariika lah, sambil bayangkan ayat tersebut berada antara dua kening.
3) Baca Muhammadun Abduhuu wa rasuuluh, sambil bayangkan ayat tersebut berada di tengah dada.
4) Baca Tawajjah haithu syikta, sambil bayangkan ayat tersebut berada di atas bahu kanan.
5) Baca fainnaka mansuur, sambil bayangkan ayat tersebut berada di atas bahu kiri.
6) Doa mohon kekuatan dan perlindungan dari Allah diakhiri dengan selawat.
Amalkan ianya setiap hari ketika keluar dari rumah ke tempat kerja, selepas bacaan Yaasiin 1-9.
Terdapat banyak lagi amalan memagar diri dan keluarga dan memohon
perlindungan dari Allah melalui ayat-ayat suci Al-Quran, doa-doa
Rasulullah dan para ulama silam kita. Itu hanyalah sekadar ikhtiar kita
yang disarankan di dalam agama agar kita berusaha dan tidak hanya
bertawakkal. namun perlu diingat, bukan amalan sesuatu ilmu yang
mempunyai kuasa atau keajaiban. Yang berkuasa tetap Allah dan apa yang
kita hanya lakukan hanyalah sedikit ikhtiar dan doa yang tidak memberi
bekas sedikitpun pada Qadha' dan Qadar Allah Taala. walaubagaimanapun,
Allah menyuruh kita beruasaha kemudian bertawakkal dan menyerahkan
segala ketentuan padaNya.
Semua amalan di atas adalah amalan saya sendiri yang berasaskan
perguruan, pembelajaran, pembacaan dan pengalaman. Saya tidak
mencedoknya atau "copy" dari mana-mana blog atau laman web lain. Ianya
telah saya amalkan sejak sekian lama dan alhamdulillah, saya dapat
merasa kebaikannya dengan izin Allah. Masakan kita berilmu tetapi tidak
mengamalkannya??Ingat, Imam Ghazali ada menyebut dalam kitabnya
Minhhajul Aabidin, orang jahil celaka sekali kerana kejahilannya,
manakala orang aliim celaka tujuh kali jika tidak mengamalkan ilmu yang
dipelajarinya. Waliyaazu billah min zaalik. Saya juga mengizinkan kepada
sesiapa yang ingin mengamalkan semua amalan di atas. Imam Ghazali juga
menyebut, setiap amalan yang baik jika diamalkan, ianya juga memberi
kebaikan kepada yang mengajar atau menyuruhnya berdasarkan kepada hadis
Rasuulullah:" Al aamiru bilma'ruufi kafaa'ilihi"...yang bermaksud :"
Orang yang menyuruh orang lain berbuat baik juga diberi pahala seperti
orang yang melakukan kebaikan itu jua"...
Wallaahu A'lam.
**segala tulisan adalah dalam versi ruumi, adalah perlu untuk merujuk ustaz-ustaz dalam memperbaiki bacaan agar lebih baik.
No comments:
Post a Comment